Thursday, November 5, 2009

Al-Quran Punca Kebahagiaan Dunia Akhirat

Al-Quran merupakan kalamullah yang diturunkan kepada Nabi Muhammad sollallahu alaihi wasallam yang merupakan mukjizat pada lafaz serta maknanya dan dijanjikan bagi muslim yang membacanya ganjaran yang besar seperti kata kata nabi sollallahu alaihi wasallam: barangsiapa yang membaca satu huruf daripada Al-Quran maka baginya sepuluh hasanah(kebaikan) dan aku tidak mengatakan alif lam mim satu huruf bahkan alif satu hurf, lam satu huruf dan mim satu huruf.

Ini merupakan ganjaran yang dijanjikan oleh Allah kepada umat Muhammad sollallahu alaihi wasallam bahkan sepuluh hasanah yang dijanjikan boleh digandakan sepuluh kali ganda atau lebih dari itu seperti firman Allah:

مَنْ جَاءَ بِالْحَسَنَةِ فَلَهُ خَيْرٌ مِنْهَا وَمَنْ جَاءَ بِالسَّيِّئَةِ فَلَا يُجْزَى الَّذِينَ عَمِلُوا السَّيِّئَاتِ إِلَّا مَا كَانُوا يَعْمَلُونَ [القصص : 84]

“Sesiapa yang datang membawa amal baik (pada hari akhirat) maka baginya balasan yang lebih baik daripadanya; dan sesiapa yang datang membawa amal jahat, maka mereka yang melakukan kejahatan tidak di balas melainkan dengan apa yang mereka kerjakan”.

Tapi di samping membaca Al-Quran kita juga perlu menghayati maknanya. Al-Quran bukan diturunkan untuk sekadar dibaca, tetapi ia diturunkan untuk dihayati maknanya, diamal ajarannya serta djadikan panduan di dalam kehidupan ini. Hanya dengan berpegang kepada Al-Quran maka seseorang insan boleh berjaya di dalam kehidupan yang penuh dengan dugaan ini.

Sesebuah kejayaan tidak hanya dinilai dengan banyaknya harta, tingginya pangkat atau besarnya pengaruh bahkan kejayaan yang sebenar di dalam islam adalah mereka yang beriman kepada Allah dan beramal dengan ajaran Al-Quran. Kemungkinan golongan ini di dunia tidak memiliki harta yang banyak atau pengaruh yang besar tetapi di sisi Allah mereka ini adalah golongan yang dimuliakan. Ini akan menjadi lebih jelas apabila seluruh makhluk Allah dihadapkan di hadapanNya di padang Mahsyar dimana golongan ini akan diberikan ganjaran yang banyak manakala mereka yang lebih tinggi daripadanya di dunia tetapi tidak beramal dengan Al-Quran akan dihina dan diazab oleh Allah s.w.t.

Perhatikanlah firman Allah ini:

فَإِمَّا يَأْتِيَنَّكُمْ مِنِّي هُدًى فَمَنِ اتَّبَعَ هُدَايَ فَلَا يَضِلُّ وَلَا يَشْقَى (123) وَمَنْ أَعْرَضَ عَنْ ذِكْرِي فَإِنَّ لَهُ مَعِيشَةً ضَنْكًا وَنَحْشُرُهُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ أَعْمَى (124) قَالَ رَبِّ لِمَ حَشَرْتَنِي أَعْمَى وَقَدْ كُنْتُ بَصِيرًا (125) قَالَ كَذَلِكَ أَتَتْكَ آيَاتُنَا فَنَسِيتَهَا وَكَذَلِكَ الْيَوْمَ تُنْسَى (126) (طه


kemudian jika datang kepada kamu petunjuk dariKu, maka sesiapa yang mengikut petunjukKu itu nescaya ia tidak akan sesat dan ia pula tidak akan menderita azab sengsara.

[124]
“Dan sesiapa yang berpaling ingkar dari ingatan dan petunjukKu, maka sesungguhnya adalah baginya kehidupan yang sempit, dan Kami akan himpunkan dia pada hari kiamat dalam keadaan buta”.

Ia berkata: “Wahai Tuhanku, mengapa Engkau himpunkan daku dalam keadaan buta, padahal aku dahulu melihat?”

[126]
Allah berfirman: “Demikianlah keadaannya! Telah datang ayat-ayat keterangan Kami kepadamu, lalu engkau melupakan serta meninggalkannya, dan demikianlah engkau pada hari ini dilupakan serta ditinggalkan”.

[127]
Dan demikianlah Kami membalas orang yang melampaui batas dan tidak beriman kepada ayat-ayat keterangan Tuhannya; dan demi sesungguhnya azab akhirat itu lebih berat dan lebih kekal.

Ulama berselisih pendapat di dalam maksud kesempitan yang dimaksudkan di dalam ayat tersebut. Pendapat yang pertama mengatakan kesempitan yang dimaksudkan adalah kesempitan di dalam kubur di mana seseorang itu akan diazabkan sehing berselisih tulang-tulangnya

Pendapat yang kedua pula mengatakan kesempitan itu adalah kesempitan hidup di dunia dan bukan yang dimaksudkan disini kesempitan harta bahkan kesempitan hatinya. Seseorang itu tidak akan merasa tenang di dalam hidupnya walaupun pelbagai kejayaan sudah diperolehi. Ini selari dengan firman Allah:

وَمَنْ يُرِدْ أَنْ يُضِلَّهُ يَجْعَلْ صَدْرَهُ ضَيِّقًا حَرَجًا كَأَنَّمَا يَصَّعَّدُ فِي السَّمَاءِ (الأنعام : 125)

“Dan sesiapa yang Allah kehendaki untuk menyesatkannya, nescaya Ia menjadikan dadanya sesak sempit sesempit-sempitnya, seolah-olah ia sedang mendaki naik ke langit (dengan susah payahnya).”

Kemudian Allah mengumpulkan mereka ini di pada hari kiamat sebagai orang yang buta..
Jika seseorang itu diberi pilihan antara kedua pendapat ini maka tiada yang akan dipilihnya..
Dibandingakan dengan orang yang sentiasa bersama dengan Al-Quran dan beramal dengannya, merekan ini akan diberi taufiq hidayat oleh Allah dan kehidupan mereka akan menjadi lebih tenang, manakan tidak kerana mereka berpegang teguh dangan tali Allah dan mereka sedar kehidupan ini hanyalah sebuah ujian yang sementara dan mereka akan dipulangkan kepada yang Maha Pencipta...

Oleh itu satu-satunya cara untuk berjaya adalah dengan kembali kepada Al-Quran dan Sunnah dan mengamalkan ajaran islam sepenuhnya...

Wallahua’lam

Friday, May 22, 2009

hafalan @ tulisan?

bismillah..

ni rasa nak menulis pasal topik ni sbb tadi ada tengok video dr zakir naik vs dr william cambell dlm debat kat chicago dulu..debat ni dah lama dah lepas..tahun 2000 tapi ana ni baru dapat tgk..itu pun tgk kat youtube..tension2 wat assignment tgk la benda lain..

dalam debat tu mmg jelas bahwa islam ini adalah agama yang benar..tapi nur hidayat itu di tangan Allah..sesiapa yang tidak mendapat hidayat daripada Allah tetap tidak akan dapat menuju ke jalan yang benar..di akhir debat tu dr william cambell ditanya adakah de menerima islam..tapi de jawab de masih berpegang kepada agama kristian..tak tau la kalau sekrg de dah islam..sbb debat tu dah lama dah..tapi perkara sebegini tidak pelik berlaku..kadang2 bukti mmg dah jelas terpampang depan muka..tapi orang masih tidak mau memeluk islam..Allah memberi hidayat kepada sesiapa yang Dia mahu dan bukan sapa yang kita hendak..

dalam perdebatan tu ana amat mengagumi hafalan dr zakir naik..de bukan setakat menghafal Alquran berserta nombor ayat..de hafal jugak buku2 agama lain berserta no ayat dalam buku tu..dan kalau kita lihat( mengikut pemerhatian ana) tiada agama yang mementingkan hafalan lebih daripada agama islam..paling senang hendak dibuktikan adalah huffazul Quran..berapa ramai huffazul quran ada kat dalam dunia ni..boleh nak dikatakan jikalau katakanlah semua mushaf alquran dalam dunia ini dibuang ke laut..walaupun benda ni takkan jadi tapi anggarkanlah semua mushaf quran ni dibakar..nescaya umat islam dapat menulis balik quran sepertimana ia adanya..tak kurang walaupun satu huruf..tapi kalau kita ambil contoh dari agaman lain..katakanlah bible dibuang kesemuanya..jawabnya paderi2 tu kena reka balik la bible tu..hmm..bukannya diorg tak pernah buat..

mungkin wallahu a'lam ana tak pasti..ini adalah antara hikmah Allah swt menurunkan islam dikalangan org arab..kerana org arab mmg terkenal dgn hafalan mereka..mereka menghafal segalanya..dari syair, sejarah, keturunan dan benda2 lain..sehinggakan mereka memandang bahawa menyimpan ilmu melalui penulisan ini adalah satu kekurangan..dikatakan juga antara hikmah nabi sollahualaihi wasallam melarang hadis ditulis pada awal penurunan islam adalah supaya umat islam tidak bergantung sepenuhnya kepada penulisan dan meninggalkan hafalan..

ana quote disini kalam ulama" seburuk2 tempat menyimpan ilmu adalah di atas kertas"..tapi ini tidak bermaksud kita tidak perlu menulis..cuma tulisan itu hanyalah pembantu kepada proses penyimpan ilmu..bukankah umar alkhattab berkata.."ikatkan ilmu dgn menulis" ..hmm..ntah btul ntah salah ana terjemah.tapi maksud de hampir2 camtu la..

khulasahnya..umat islam adalah umat yang amat mementingkan hafalan..dan ini menjadikan kita lebih istimewa daripada agama2 yang lain..jadi kita perlu teruskan tradisi hafalan ini..tapi perlu diingatkan juga..hafalan sahaja tanpa pemahaman pun tak berapa bagus..jadi kalau boleh apa yang dihafal perlu difaham jugak..barulah hafalan tu boleh tahan lama...

Thursday, May 14, 2009

Adakah islam itu melayu

Huh..lama sungguh tak tulis kat blog ni..kadang2 terlupa yang blog ni wujud..busy wat assignment yang melambak lambak.( cheh konon la rajin sangat )..hmm..baru2 ni dapat balik malaysia..best btul!! x sabar nak balik lagi bulan depan..balik baru2 ni org pelik , sbb baru je gi saudi dah balik..ni kalau nampak ana balik lagi tak tau la apa diorng pikir..tapi sebenarnya travel expenses suma sponsored by university..kalau harapkan duit sendiri jangan harap la nak balik..

ok..ni nak sentuh sikit pasal satu benda yang ana terlihat baru2 ni..dah lama nak tulis pasal topik ni ..tapi sebab malasnya pasal, sampai sekrg tak tulis lagi..ni alang2 baru abis satu assignment baik tulis sekarang.

baru2 ni kita suma dikejutkan dengan sebuah video yang ditayangkan di youtube mengenai seorang orang cina ni yang menghina agama islam seterusnya menghina nabi sollallahualaihi wasallam. perkara ni memang mendukacitakan seluruh umat islam di malaysia..bahkan perkara ni seperti menuangkan minyak ke atas api yang memang sudah ternyala..

tapi itu bukan yang ana ingin bincangkan..yang lebih menarik perhatian ana ketika melihat youtube tersebut adalah komen2 yang bertubi2 diberikan terhadap video tersebut..ana ingin memuji keatas pengomen pengomen (ada ke perkataan ni) terhadap sensitivity mereka terhadap agama Allah yang suci ini..tetapi seseorang perlu mengetahui bahawa tujuan tidak menentukan cara.dengan erti kata yang lain ..untuk mencapai kepada sesuatu yang baik baik tidak bermaksud kita bole melakukan apa sahaja untuk mencapai tujuan tersebut..hmm..apa kaitan kata2 ni dengan topik..

meh sini nak habaq sikit..komen2 yang ditujukan kepada video ini kebanyakannya berbaur perkauman..ada yang menulis " cina ni babi la"..ada pula yang mengutuk rupa kejadian bangsa cina dengan menyerupakan mereka dengan babi..astaghfirullah..benarlah kejahilan seseorang memang boleh membawa dia ke arah kesesatan..pada hakikatnya dengan menghina rupa kejadian seseorang bermaksud kita menghina penciptanya..pencipta yang sama mencipta kita semua..Allah subhanahu wataala..tapi tunggu.. ni bukan apa yang ana nak bincangkan lagi..

yang ana ingin bincangakan adalah bagaimana komen2 itu boleh ditujukan tanpa rasa bersalah..pada pendapat ini adalah kerana pemikiran "islam itu melayu" dan bukannya "melayu tu islam"..bermaksud pemikiran memelayukan islam yang pada hakikatnya diturunkan kepada seluruh umat..Allah s.w.t berfirman:

وَمَا أَرْسَلْنَاكَ إِلَّا كَافَّةً لِلنَّاسِ بَشِيرًا وَنَذِيرًا وَلَكِنَّ أَكْثَرَ النَّاسِ لَا يَعْلَمُونَ [سبأ/28]

"Dan Kami tidak mengutus kamu, melainkan kepada umat manusia seluruhnya sebagai pembawa berita gembira dan sebagai pemberi peringatan, tetapi kebanyakan manusia tiada mengetahui. "

tok..tok..tok..kedengangaran pintu diketuk..'min?' ana bertanya..'woi asar la'..rupa2nya hafiz panggil gi solat asar..so berhenti sekejap..ja[ lagi sambung balik..

ok..dah solat..tgh ckp apa tadi eh..jap nak refer balik apa yang dah tulis kat atas..

ok..islam ini diturunkan kepada seluruh umat manusia..bukan hanya melayu..dan bila ana baca komen2 tu suma..seakan2 hanya kita orang melayu sahaja yang islam..mungkin ana silap baca..tapi seakan2 akanya begitu..kita tidak peka dengan orang islam dari kalangan bangsa cina dan india..adakah mereka bila baca komen2 seperti itu tak terasa seperti dihina ke..hmm..kalau tak terasa tu bagus la..tapi kalau terasa bermaksud kita telah menghina saudara seagama kita..bukankah itu dilarang didalam agama..

selain itu, komen2 sebegini juga boleh menghiris perasaan orang2 cina yang lain dan menyebabkan mereka lebih menjauhkan diri dari agama Allah..suma kerana mereka pun sudah terkesan dengan pemikiran bahawa islam itu melayu.. dan ini hanya akan memburukkan lagi imej islam dikalangan orang bukan islam..oleh itu kita sebagai orang islam didalam menangani sesuatu isu perlu bijak dan tidak hanya mengikut perasaan semata mata..bukannya ana cadangkan kita hanya perlu mendiamkan diri..tidak..tetapi yang perlu dilakukan adalah mengislamkan cara dan bukannya memelayukannya..(
paham2 sendiri la ayat tu..kalau tak paham baca balik dari mula)

Thursday, April 9, 2009

Sand storm

Minggu pertama ana sampai di Riyadh ana dikejutkan dengan keadaan yang ana tak pernah tengok seumur hidup ana..waktu tu ana bersama Hafiz dan Ust Fauzi ( 2 orang sahabat yang datang bersama ana) sedang dalam perjalanan pulang dari mustashfa ( hospital) . Kami baru saja buat x ray untuk melengkapkan medical check up yang jamiah (universiti) mintak..huh..macam2 btul diorg ni..padahal kami baru buat medical check up kat malaysia..sampai2 kat sini diorg suh buat lagi sekali..sabar jela..kena lah amik darah , buat x ray dan yang lain- lain yang ana rasa tak perlulah disebut disini..faham- faham jela..


Ok berbalik pada cerita ana...waktu kami dalam perjalanan pulang ke sakan ( hostel), tiba2 nampak ribut pasir..besar btul..macam ombak pasir yang amat besar..senang cerita macam dalam cerita mummy tu la..dan bila benda tu sampai kat kami, suma benda jadi merah..atau oren ana pun tak berapa pasti..bole tgk sendiri kat bawah..ana ngan kawan2 pun lari la masuk dalam college of dentistry..sebab bangunan tu yang paling dekat masa tu..sampai di dalam kami pun pergi ke musolla..lepak2 kat situ..



Bila azan zohor kami bersolat jemaah bersama dengan pelajar2 yang lain..kemudian dah habis solat kami pun pikir camana lak nak kuar ni..last2 hafiz ni de berani sikit..de pergi masuk dalam klinik staf fakulti..kami pun ikut la de..sebenarnya ana ngan ust fauzi ni malu sikit nak masuk..bese lah org malaysia..bila dalam klinik 2 kami jumpa dengan seorang nurse dari philipine..kami pun berborak ( berborak sbb nak mintak mask tau bukan sbb benda lain)..de suka dengar kami ni dari Malaysia..de terkejut dengar ada pelajar Malaysia kat universiti ni..dan akhir sekali de bagi kami setiap sorg dua mask..alhamdulillah..takdelah kena kuar duit beli benda tu..dan kami pun dapat pulang ke sakan..


ana merasakan pada waktu sand storm tu berlaku..manusia ada 3 jenis..

1. Jenis yang pertama adalah jenis yang mengatakan: “alah.. benda ni biasa la kat negara arab..kata padang pasir beb..nanti2 ok la tu..

2. Jenis yang kedua adalah jenis yang mengatakan: “ uish..biar benar..bahaya gila benda ni..pasir ni bole masuk dalam paru2 ni..jom ar balik duk umah..lagi selamat..”

3. Jenis yang ketiga adalah yang mengatakan :” Angin adalah salah satu daripada tentera Allah dan Allah sebenarnya nak mengingatkan kita tentang kekuasaannya..astagfirullahal adzim..”


Khlusahnya (secara ringkasnya) orang jenis pertama adalah orang yang tak ambil peduli ataupun tak peka..orang yang kedua pula adalah orang yang takut..tapi takut itu hanya kepada makhluk semata-mata..Orang jenis ketiga adalah orang yang yang mengambil iktibar daripada sesuatu kejadian..mereka juga takut.tapi takut mereka itu disandarkan kepada yang Maha Esa..


Orang jenis ketiga adalah mereka yang berjaya..mereka sedar dalam dunia ini apa2 sahaja bole berlaku dalam sekelip mata..udara yang bersih bole bertukar menjadi amat berdebu..angin yang sepoi2 bole bertukar menjadi ribut taufan..laut yang tenang bole jadi tsunami..apa2 sahaja bole berlaku..semuanya berada di bawah kekuasaan Allah..Allah menunjukkan kekuasaanya supaya manusia sedar dimana kedudukan nya yang sebenar..bahawa manusia adalah hamba yang lemah yang memerlukan pertolongan Penciptanya..Allah mengingatkan kita supaya kita kembali kepadanya..


Allah berfirman:

يُقَلِّبُ اللَّهُ اللَّيْلَ وَالنَّهَارَ ۚ إِنَّ فِي ذَٰلِكَ لَعِبْرَةً لِأُولِي الْأَبْصَارِ

“It is Allah Who alternates the Night and the Day: verily in these things is an instructive example for those who have vision!”


Soalannya antum rasakan antum berada di golongan yang mana..fikir-fikirkanlah....

Monday, March 30, 2009

sambungan cerita..

Ni nak sambung cerita sikit pasal rumah abg sepupu ni..area kompaun ni, de ada undang –undang yang berlainan berbanding dengan luar. Di dalam kompaun ni, kaum wanita tak perlu untuk memakai abaya, sementara di luar kawasan kompaun semua orang diwajibkan untuk memakai abaya, tidak kira yang muslim atau pun kafir..jadi hidup di dalam kompaun ibarat hidup di sebuah negara lain..sebenarnya agak pelik undang-undang begini..tapi apa yang nak diherankan, ni kan Saudi.. Anything can happen here..

Saudi ..Saudi...huh


Tapi jika dilihat balik, walaupun Saudi sebuah negara yang kelam kabut, namun bagi pendapat ana, ia adalah sebuah negara yang paling berpegang pada prinsip agama..maksud ana yang paling hampir la berbanding dengan negara lain..masjid-masjid di sini tidak pernah lengang..hatta( ni perkataan bahasa melayu tau) di waktu subuh kita akan nampak masjid penuh dengan orang..orang-orang yang kita nampak di masjid terdiri daripada berbagai jenis orang. bukan hanya orang tua sahaja yang ada..orang2 muda pun ramai..


Dan ana cukup yakin keadaan ini ada berkaitan rapat dengan fatwa Saudi yang mengatakan solat berjemaah adalah fardhu ain dimana setiap orang wajib untuk bersolat jemaah. Kerana itu didapati di masjid kadang-kadang berulang-ulang jemaah dilakukan..walaupun lewat mereka tetap ke masjid. Kesedaran begini amat susah hendak ditanam di dalam umat islam. Dimana setiap orang dapat merasakan tanggungjawab yang dipikul terhadap Allah s.w.t.


Kalau kita lihat ,..ramai daripada orang yang menggelarkan diri mereka islam ambil acuh tak acuh tentang solat. ..hmm..diorang ni tak tau ke yang perkara pertama yang dilihat semasa perhitungan di akhirat adalah urusan solat. Jika baik urusan solat seseorang maka baru dilihat kepada perkara-perkara yang lain. Jikalau tak pass dalam bab solat maka straight to hell la jawabnya. Ana cukup yakin kalau ditanya pasal solat, suma orang tau yang solat tu rukun kedua dalam islam, dulu kan ada belajar kat kelas fardhu ain...cuba dengar ni ..Rasulullah sollallahualih wasallam bersabda:

إن بين الرجل وبين الشرك والكفر ترك الصلاة

( sesungguhnya sempadan diantara seseorang dan syirik berserta kekufuran adalah meninggalkan solat.).


Jadi solat lah yang memisahkan diantara seorang muslim dan kafir. Jadi jikalau tanpa solat.,apakah noktah perbezaan diantara seorang yang mengatakan bahawa tuhan itu adalah satu dan Muhammad itu adalah pesuruhnya dengan seorang yang mengatakan bahawa Jesus adalah anak tuhan!!.. Ana tak mau la masuk perbincangan di kalangan ulama’ yang tentang adakah orang yang meninggalkan solat ini malaupun keana malas adakah dikira kafir atau pun tidak.. Perbahasan ini boleh dilihat di dalam buku2 fekah..tapi apa pun solat ini adalah tiang kepada agama.
Akhir sekali ana tinggalkan antum dengan sepotong ayat Al-quran..Allah s.w.t berfirman:


إِنَّ ٱلمُنَـٰفِقِينَ يُخَـٰدِعُونَ ٱللَّهَ وَهُوَ خَـٰدِعُهُمۡ وَإِذَا قَامُواْ إِلَى ٱلصَّلَوٰةِ قَامُواْ كُسَالَىٰ يُرَاءُونَ ٱلنَّاسَ وَلَا يَذكُرُونَ ٱللَّهَ إِلَّا قَلِيلاً۬


Sesungguhnya orang-orang munafik itu melakukan tipu daya (terhadap agama) Allah (dengan perbuatan pura-pura beriman sedang mereka kafir pada batinnya) dan Allah pula tetap membalas tipu daya mereka (dengan membiarkan mereka dalam keadaan munafik). Mereka pula apabila berdiri hendak sembahyang, mereka berdiri dengan malas. Mereka (hanya bertujuan) riak (memperlihatkan sembahyangnya) kepada manusia (supaya disangka bahawa mereka orang yang beriman) dan mereka pula tidak mengingati Allah (dengan mengerjakan sembahyang) melainkan sedikit sekali (jarang-jarang).

Friday, March 27, 2009

my 1st post!!

At last, my 1st entry..yang sebelum ni dikira muqaddimah


Hmm.. apa yang nak ditulis ye..hmm..biarlah ana kongsikan pengalaman ana sedikit bersama antum.(maksud de’ korang suma’..mana la tau ada yang tak faham kan)


Seperti yang ana sebutkan dulu, ana ni sekarang berada di bumi Riyadh, Saudi Arabia. Sebenarnya ana baru saja sampai di sini.. Belum pun sampai sebulan. Tapi suasana disini tak lah begitu gharib (pelik) bagi ana sebab sebelum ni ana pernah menuntut di bumi Madinah. Jadi nak kata karenah arab ni dah cukup masak walaupun tak bole nak terima..huh.. sabar jela..


Ana tak menafikan duduk di negeri orang ni memang agak susah berbanding dengan negeri sendiri. Lagi-lagi bila kita adalah baru di negeri tersebut. Nak dibuat cerita lagi.. university yang ana masuk ni takde orang Malaysia..nak rujuk siapa pun tak tau..memang dugaan..


Ana masih ingat hari pertama sampai..terpinga pinga juga ana dengan 2 sahabat ana di airport.. Alhamdulillah ana ada seorang abang sepupu yang begitu baik hati berkerja disini yang sudi menyambut kami di airport. Kalau la dia takde ana rasa duk beri’tikaf la kami bertiga di masjid dengan beg2 yang besar.


Masalah ni sebenarnya bermula di Malaysia lagi..kami bertiga sebenarnya patut berada di Saudi akhir bulan februari. Tapi disebabkan masalah dengan visa maka kami tiba lewat. Maksudnya takde sapa la dari wakil univ yang akan menyambut kami sebab kami dah melangkaui tempoh masa yang ditetapkan..


Jadi pada asalnya kami bercadang nak main redah je..datang ke sini ambik teksi dan terus ke universiti..pastu pandai-pandai la buat keje kat sana..tapi apa yang kami lupa nak ambil kira adalah kami dijadualkan tiba di airport Riyadh pada waktu malam hari Khamis. Dan untuk siapa yang tak tau, hari cuti di Saudi adalah pada hari Khamis dan Jumaat!!..jadi kalau pun kami main redah je gi universiti, kami nak jumpa siapa.. Entah- entah nak masuk universiti pun pak guard tak bagi.


Tapi alhamdulillah Allah s.w.t persenangkan jalan kami dengan menghantarkan penyelamat kami..tak lain dan tak bukan adalah abang sepupuku yang disayangi!!(politik kena tera..hehe). Mulanya, segan juga ana nak mintak tolong, tu yang kuar idea nak main redah tu..tapi mujurlah abg sepupu ana sendiri yang meng’offer’kan khidmat.. Jadi dapatlah kami bermalam di rumahnya yang besar lagi cantik..masyaAllah. Kami juga berpeluang merasa masakan yang begitu enak hasil masakan isterinya hinggakan sampai ke sekarang sahabat ana masih memuji masakan de...(ada message ni sebenarnya..)


Ni nak cerita sedikit pasal rumah abg sepupu ana ni..rumah de ni pelik sikit. Rumah de dalam kompaun..ataupun dalam kata lain kawasan rumah de dikelilingi oleh tembok yang besar dengan askar duk jaga 24 jam..sampaikan nak masuk area tu, setiap kereta akan di’scan takut-takut ada bom. Kompaun ni pulak ada dua pintu masuk..pintu masuk yang pertama adalah tempat dimana kereta akan di’scan..pintu masuk yang kedua pulak ada pintu besi..berdekatan dengan pintu besi tu ada askar duk jaga machine gun..tu belum kira lagi pak guard-pak guard . biasa yang memang duk kawal tempat tu..huh..memang dasat..


Tapi jangan silap faham..abg sepupu ana ni bukannya duta Malaysia, bukan juga keje dengan askar Saudi, ngan CIA lagi la takde..ngan makhluk asing ana tak tau..(hehe.. just joking).Cuma kawasan perumahan macam ni memang ada banyak di Riyadh..dan kebiasaannya yang duduk disini kebanyakannya foreigners. Dan kawasan-kawasan ni de ada keistimewaan de tersendiri..


Er..ngantuk la pulak..lain kali je la sambung..


Sebelum tu ana nak bagi nasihat buat mereka yang yang bakal bermusafir..rancanglah perjalanan anda dengan baik..jangan main redah je.. antum bukannya ada abg sepupu yang baik nak tolong antum dekat sana..

Bismillah..

Alhamdulillah
Dapat juga ana membuka blog sendiri. Selama ini duk membaca blog orang lain je. Antara blog yang ana minat saifulislam, che det, na5wa dll..tapi ni baru dapat bukak blog sendiri. Sebenarnya sudah lama ada keinginan untuk membuka blog sendiri, tapi duduk memikirkan nama apa yang paling sesuai hendak diletakkan.. apa tema blog..tu yang jadi lambat tu..tapi setelah berbincang dengan isteri, ana memutuskan untuk meletakkan nama Fawaid yang bermaksud faedah faedah. Kiranya apa sahaja jenis faedah yang ana dapat akan cuba dikongsikan bersama..insyallah..tak lupa jugak nak ucapkan terima kasih kepada isteri tersayang sebab siapkan lay out blog ni..bagus sebenarnya dah kawin ni..tak suma benda kita kena wat sendiri..


Ok..di dalam blog ini ana lebih selesa menggunakan kata nama ‘ana’ berbanding dengan aku, saya, i, mere, wo dan sebagainya (Cuma aku tu mungkin digunakan bila nak merapu je).


Dan di dalam blog ini ana akan cuba mencoretkan sedikit kisah hidup ana di samping menyampaikan pengajaran kepada diri sendiri dan juga pembaca .. dan nak cakap sikit yang ana ni sebenarnya bukannya pandai menulis..baru nak berjinak..jadi kalau ada ayat yang tak paham tu buat2 paham dah la..


Dan untuk pengetahuan pembaca, ana sekarang sedang melanjutkan pelajaran di King Saud Universiti di Riyadh ,Arab Saudi. Dan harapan ana supaya segala amalan yang dilaksanakan adalah ikhlas kerana Allah, kalau tidak buat rugi je datang jauh-jauh menuntut ilmu..huh.

Ok..dari sini, bermulanya pengembaraan ana dalam dunia bloggers...