Monday, April 12, 2010

Pembunuhan Bayi!!!

tak tau nak mula camana posting kali ni..rasa cam sedih sangat nak bincang isu yang sedang melanda negara kita..apa la nak jadi ngan dunia..anak sendiri pun sanggup bunuh..

sampai ke hari ni sudah berapa ramai bayi yang kita nampak dibuang..astaghfirullah..

inna lillahi wa inna ilaihi rajiuun..

ana dah tak sanggup lagi nak baca berita ttg pembuangan bayi..apatah lagi tgk gambar2 mereka..mungkin kerana ana mempunyai anak sendiri jadi perasaan tu tak boleh nak dikawal sedikit..

ana tertanya2 apa yang dirasakan oleh ibu yang membuang anak ni..adakah menahan malu sebab melahirkan anak luar nikah tu lebih diutamakan daripada membiarkan anaknya hidup..dimana kasih seorang ibu kepada seorang anak..bayi yang tidak mengetahui apa2 dibiarkan menaangis di dalam tong sampah!! ana tidak boleh bayangkan keadaan dimana bayi itu sedang mencari susu ibunya tapi apa yang di capai hanyalah plastik hitam yang digunakan meng'kafan'kannya..dahulu kala seorang ibu sanggup mati mempertahankan anak..tapi sekarang anak2 dianggap sebagai beban yang perlu dibuang..adakah mereka ini layak untuk digelar insan..

Allah s.w.t berfirman:

Dan janganlah kamu membunuh anak-anak kamu kerana takutkan kepapaan; Kamilah yang memberi rezeki kepada mereka dan kepada kamu. Sesungguhnya perbuatan membunuh mereka adalah satu kesalahan yang besar.
[32]
Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan).
..

dahulunya orang kafir memang ada yang membunuh anak mereka..ada yang membunuh anak perempuan kerana malu..dan ada yang membunuh anak lelaki kerana takut rezeki mereka tidak cukup..

didalam ayat2 ini kita dapati Allah s.w.t melarang pembunuhan anak kerana fakir ..Allah mengatakan dia yang akan memberi rezeki kepada ibu ayah dan anaknya..ini bermaksud anak2 ini akan menjadi pintu rezeki buat kita..janganlah seseorang itu bimbang jika dia tidak mempunyai duit yang cukup untuk menjaga anak2..kita mestilah percaya kepada janji allah..Allah sudah berjanji dia akan memberi rezeki kepada kita semua dan dia akan menunaikannya..apalah sngt pemberian rezeki ini berbanding dgn ciptaan bumi dan langit..maka kita perlulah bertawakkal pada Allah di dalam semua perkara..

di dalam ayat2 ini juga kita dapati Allah s.w.t telah melarang zina..dan ayat yang digunakan adalah jangan 'mendekati' zina..Allah tidak mengatakan jangan berzina..bahkan jangan mendekati zina!!..bermaksud..jangan membuat perkara yang boleh membawa kita kepada zina..seperti minum arak, BERDATING, tengok cerita lucah dan sebagainya..

sesiapa yang biasa membaca tafsir al-Quran akan tahu bahawa setiap lafaz di dalam Al-quran membawa makna yang tersendiri..Allah di dalam menyampaikan maklumat amat teliti di dalam cara pembawaan maklumat tersebut..dan kerana Allah s.w.t amat mengetahui tentang keadaan manusia..maka dia dari awal2 lagi dia ingin menutup pintu tersebut..dan seperti yang dapat dilihat..zina inilah terbesar dalam pembuangan bayi..betullah kata2 'sesiapa yang menjauhi dari ajaran Allah dan rasulnya maka kehidupan dia seperti binatang'

'Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk neraka jahanam banyak dari jin dan manusia yang mempunyai hati (tetapi) tidak mahu memahami dengannya (ayat-ayat Allah), dan yang mempunyai mata (tetapi) tidak mahu melihat dengannya (bukti keesaan Allah) dan yang mempunyai telinga (tetapi) tidak mahu mendengar dengannya (ajaran dan nasihat); mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi!!!; mereka itulah orang-orang yang lalai'

saya dapati di dalam ayat yang membicarakan tentang pembunuhan anak Allah s.w.t menyebut supaya jangan anak itu dibunuh kerana fakir..tetapi apabila membicarakan tentang pembunuhan kerana malu..Allah s.wt hanya menggunakan uslub mengutuk dan bukannya uslub larangan..

Dan apabila dikhabarkan kepada seseorang dari mereka bahawa ia beroleh anak perempuan, muramlah mukanya sepanjang hari (kerana menanggung dukacita), sedang ia menahan perasaan marahnya dalam hati.

Ia bersembunyi dari orang ramai kerana (merasa malu disebabkan) berita buruk yang disampaikan kepadanya (tentang ia beroleh anak perempuan; sambil ia berfikir): adakah ia akan memelihara anak itu dalam keadaan yang hina, atau ia akan menanamnya hidup-hidup dalam tanah? Ketahuilah! Sungguh jahat apa yang mereka hukumkan itu.


bukankah Quran ini amat teliti?

disini saya merasakan wallahu a'lam..kenapa Allah menggunakan uslub larangan di dalam ayat ini adalah kerana agak lojik jika difikirkan manusia membunuh anak kerana kefakiran..kemungkinan mereka membunuh untuk maslahat anak2 yang lain..atau maslahat mereka sendiri supaya mereka semua tidak mati kelaparan..dan anak yang lahir itu tidak akan hidup seksa di dalam kefakiran..

walaupun begitu Quran tetap melarang pembunuhan begitu kerana keburukannya lebih besar dari kebaikannya..ada pun pembunuhan kerana malu tidak ada maslahatnya langsung..kalaupun ada ( mengikut pemikiran mereka yang tidak mempunyai akal!!) ia tidak akan dipandang langsung bukan setakat dari pandangan agama..bahkan pandangan kemanusiaan..oleh kerana itu ia tidak memerlukan uslub melarang untuh mencegahnya bahkan cukup dengan mengutuk..kerana akal manusia sendiri tidak dapat menerima perkara tersebut.

ini membawa maksud bahwa mereka yang membuang bayi ini adalah lebih hina dari mereka yang membunuh kerana kafakiran..


Akhir sekali saya ingin berseru kepada semua saudara saya..marilah kita bersama2 membanteras isu ini..jangan ada lagi bayi yang dibunuh kerana kejahilan ibunya..dan marilah kita kembali kepada manhaj Al-quran..kerana tiada cara yang lebih sesuai dari cara yang diletakkan dari yang Maha Pencipta..dia lebih mengetahui tentang segala sesuatu

dan kita dapati bahwa Quran dalam mengani isu ini ia membanteras bermula dari akarnya yaitu dengan melarang dari berlakunya zina..maka kita perlulah menjaga diri kita dan juga saudara yang lain supaya kita tidak dikenakan azab oleh Allah..buang sifat tidak ingin jaga tepi kain orang..dan jadilah umat yang disebut didalam quran :

Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman).

pernah sekali malaikat diperintah untuk menghapuskan sesebuah kaum..kemudian malaikat bertanya kepada Allah..bukankah terdapat diantara mereka seorang yang soleh..Allah mengatakan 'azabkan dirinya sekali..sesungguhnya dia tidak pernah marah apabila aku diderhakai'..

Wednesday, January 27, 2010

Antara ujian dan bala..

Di dalam hidup ini setiap orang akan ditimpa kesusahan..tidak kira la kesesakan kewangan ke, kehilangan orang tersayang ke, kesakitan yang tak pernah hilang atau yang lain- lain lagi..dan mustahil bagi seseorang untuk mengakui bahawa sepanjang hidupnya dia tak pernah susah..asyik senang je..bahkan bill gates pun ada waktu dia merasa kesusahan..kalau bukan dari segi kewangan dari segi yang lain..
Tapi bagaimana kita hendak mengkategorikan kesusahan yang kita alami..adakah dia merupakan satu ujian dari Allah atau merupakan satu bala akibat dari dosa-dosa yang kita lakukan..

Jika perhatikan firman Allah di dalam surah as-syura:
وَمَا أَصَابَكُمْ مِنْ مُصِيبَةٍ فَبِمَا كَسَبَتْ أَيْدِيكُمْ وَيَعْفُو عَنْ كَثِيرٍ [الشورى/30]
“Dan apa jua yang menimpa kamu dari sesuatu kesusahan (atau bala bencana), maka ia adalah disebabkan apa yang kamu lakukan (dari perbuatan-perbuatan yang salah dan berdosa); dan (dalam pada itu) Allah memaafkan sebahagian besar dari dosa-dosa kamu.”

zahir ayat tersebut menyatakan segala ujian bala yang ditimpakan adalah hasil daripada kekurangan seseorang itu sendiri..tetapi jika kita fikirkan mengikut pemahaman ayat ini bukankah sepatutnya orang kafir adalah golongan yang sepatutnya selalu ditimpakan bala diatasnya kerana mereka melakukan dosa yang paling besar yaitu syirik kepada Allah..jadi bagaimana kita nak tafsirkan apa yang jadi kepada orang islam dari malapetaka yang berlaku..
dan bagaimana pula kita hendak menafsirkan hadis nabi s.a.w yang berbunyi
“orang yang paling teruk ujiannya adalah para anbiya’ kemudian para solihin kemudian orang yang rendah sikit martabatnya kemudian kemudian yang lagi rendah martabatnya”
Dalam riwayat yang lain:
“…diuji seseorang itu berdasarkan ketinggian agamanya”

Persoloalannya bagaimana kita hendak menyatukan diantara kedua-dua nas. tersebut.
sebelum kita masuk kedalam perbincangan, perkara yang perlu kita letakkan di dalam kepala kita bahawa tidak ada sebarang percanggahan diantara Al-Quran dan Sunnah..itu adalah qaedah yang disepekati oleh para ulama..jika dilihat ada percanggahan maka sebenarnya percanggahan tersebut lahir hasil dari kekurangan pemahaman pembaca itu sendiri.
Untuk melihat perkara in dengan lebih jelas kita boleh mememandang ia dari tiga aspek:


Yang pertama: kita perlu membezakan diantara hal seseorang kafir dan juga hal seseorang muslim di dunia ini. Adapun seseorang muslim sudah menjadi satu kepastian Allah s.w.t akan menguji mereka. Ini kerana mereka beriman kepada Allah dan hidup sebagai seorang mukmin tidak boleh lari dari ditimpa ujian..ini berdasarkan kepada firman Allah :

الم (1) أَحَسِبَ النَّاسُ أَنْ يُتْرَكُوا أَنْ يَقُولُوا آَمَنَّا وَهُمْ لَا يُفْتَنُونَ [العنكبوت/1، 2]
“Alif, Laam, Miim.
Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: “Kami beriman”, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan) Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang sebenar-benarnya beriman, dan nyata pula apa yang diketahuiNya tentang orang-orang yang berdusta.”



Aspek yang kedua: Kaitan diantara balasan di dunia dan balasan di akhirat.
Ujian dan bala yang dikenakan pada orang mukmin adalah disebabkan dosa yang dibuat oleh mereka jika dilihat dari satu segi, tetapi ia juga menentukan martabat mereka di hari akhirat kemudian..Sebahagian daripada mereka akan dibalas diatas segala kesalahan yang dibuat di dunia ini sehingga mereka boleh bertemu dengan Allah dan mereka tidak lagi memikul apa-apa dosa. Dan ini lebih tinggi martabatnya daripada mereka yang berjumpa dengan Allah bersama dosa-dosanya, disebabkan itu para anbiya dan solihin adalah mereka yang akan diuji dengan teruk oleh Allah s.w.t sehingga mereka akan berjumpa dengan Allah tanpa dosa ditanggung dan mereka inilah yang dimuliakan oleh Allah..


Dan mereka yang rendah martabatnya pula maka mereka akan dibalas dosa-dosa mereka di dunia ini berdasarkan ketinggian iman masing-masing.

Adapun orang kafir hal mereka berlainan, mereka tidak mempunyai pahala untuk dibawa ke akhirat, mereka juga tidak mempunyai martabat di sana, jadi berdasarkan keadilan Allah s.w.t maka setiap amal kebajikan yang dibuat oleh orang kuffar mereka akan dibalasi di dunia, maka Allah akan memudahkan urusan mereka, oleh itu mereka tidak akan diuji seperti mana diujinya orang mukmin,

Kita juga perlu sedar bahawa setiap apa yang menimpa orang mukmin adalah setimpal dengan dosa-dosa yang dilakukan ataupun kurang lagi daripada itu, dan ia tidak akan lebih dari apa yang layak diterima oleh seseorang hamba.


Aspek ketiga: balasan di dunia
Kita perlulah mengetahui bahawa setiap perbuatan baik yang kita buat kita akan mendapat balasannya di dunia seperti mana orang kafir mendapat balasannya, bahkan kita mungkin akan mendapat yang lebih baik lagi, berdasarkan hadis nabi s.a.w sesungguhnya Allah tidak akan menzalimi orang mukmin dengan kebaikan yang dibuatnya, akan dibalasnya di dunia dan diberi ganjarannya di akhirat, adapun orang kafir akan dibalasnya kebaikan mereka di dunia sehinggakan apabila mereka ke akhirat tiada amalan baik lagi yang mereka bawa..
Kiranya orang mukmin akan memperoleh kebaikan dua dunia..di sini dan di sana..

Apa yang ditulis di atas boleh diringkaskan seperti berikut:
Bala dan musibah tidak akan berlaku melainkan kerana dosa yang dibuat..
Para orang mukmin akan dibalasi amalan mereka di dunia dan akhirat, dan akan diuji dengan bala di dunia supaya dosa akan akan diampunkan oleh allah, dan mereka tidak akan dibalasi di akhirat kelak
Ada pun orang kafir maka mereka akan dibalasi amalan baik mereka di dunia ini ..yang mana akan dilihat seperti mereka menerima lebih dari apa yang diterima oleh orang mukmin ..tetapi perlu diingat bahawa mereka tidak akan menerima apa2 di akhirat kelak melainkan azab....wallahua’lam

(petikan dari artikel sunnah Allah pada umat manusia dari ayat al-quran)..dengan tokok tambah sikit la..