Friday, May 22, 2009

hafalan @ tulisan?

bismillah..

ni rasa nak menulis pasal topik ni sbb tadi ada tengok video dr zakir naik vs dr william cambell dlm debat kat chicago dulu..debat ni dah lama dah lepas..tahun 2000 tapi ana ni baru dapat tgk..itu pun tgk kat youtube..tension2 wat assignment tgk la benda lain..

dalam debat tu mmg jelas bahwa islam ini adalah agama yang benar..tapi nur hidayat itu di tangan Allah..sesiapa yang tidak mendapat hidayat daripada Allah tetap tidak akan dapat menuju ke jalan yang benar..di akhir debat tu dr william cambell ditanya adakah de menerima islam..tapi de jawab de masih berpegang kepada agama kristian..tak tau la kalau sekrg de dah islam..sbb debat tu dah lama dah..tapi perkara sebegini tidak pelik berlaku..kadang2 bukti mmg dah jelas terpampang depan muka..tapi orang masih tidak mau memeluk islam..Allah memberi hidayat kepada sesiapa yang Dia mahu dan bukan sapa yang kita hendak..

dalam perdebatan tu ana amat mengagumi hafalan dr zakir naik..de bukan setakat menghafal Alquran berserta nombor ayat..de hafal jugak buku2 agama lain berserta no ayat dalam buku tu..dan kalau kita lihat( mengikut pemerhatian ana) tiada agama yang mementingkan hafalan lebih daripada agama islam..paling senang hendak dibuktikan adalah huffazul Quran..berapa ramai huffazul quran ada kat dalam dunia ni..boleh nak dikatakan jikalau katakanlah semua mushaf alquran dalam dunia ini dibuang ke laut..walaupun benda ni takkan jadi tapi anggarkanlah semua mushaf quran ni dibakar..nescaya umat islam dapat menulis balik quran sepertimana ia adanya..tak kurang walaupun satu huruf..tapi kalau kita ambil contoh dari agaman lain..katakanlah bible dibuang kesemuanya..jawabnya paderi2 tu kena reka balik la bible tu..hmm..bukannya diorg tak pernah buat..

mungkin wallahu a'lam ana tak pasti..ini adalah antara hikmah Allah swt menurunkan islam dikalangan org arab..kerana org arab mmg terkenal dgn hafalan mereka..mereka menghafal segalanya..dari syair, sejarah, keturunan dan benda2 lain..sehinggakan mereka memandang bahawa menyimpan ilmu melalui penulisan ini adalah satu kekurangan..dikatakan juga antara hikmah nabi sollahualaihi wasallam melarang hadis ditulis pada awal penurunan islam adalah supaya umat islam tidak bergantung sepenuhnya kepada penulisan dan meninggalkan hafalan..

ana quote disini kalam ulama" seburuk2 tempat menyimpan ilmu adalah di atas kertas"..tapi ini tidak bermaksud kita tidak perlu menulis..cuma tulisan itu hanyalah pembantu kepada proses penyimpan ilmu..bukankah umar alkhattab berkata.."ikatkan ilmu dgn menulis" ..hmm..ntah btul ntah salah ana terjemah.tapi maksud de hampir2 camtu la..

khulasahnya..umat islam adalah umat yang amat mementingkan hafalan..dan ini menjadikan kita lebih istimewa daripada agama2 yang lain..jadi kita perlu teruskan tradisi hafalan ini..tapi perlu diingatkan juga..hafalan sahaja tanpa pemahaman pun tak berapa bagus..jadi kalau boleh apa yang dihafal perlu difaham jugak..barulah hafalan tu boleh tahan lama...

7 comments:

  1. salam..baru tertunggu2 entry nta yg terkini..akhirnya kuar jugak:) teruskan akhi arif,,,ana doakan nta selamat dapat anak yang solehah insyaallah, nak kena tunggu besor ke?huhuhuhu,,,

    ReplyDelete
  2. salam ziarah, ulasan yg bagus. mohon link. syukran

    ReplyDelete
  3. sila layari http://as-sahih.blogspot.com/ dari sahatmu 104 wehdah 9

    ReplyDelete
  4. Majlis Ceramah di Masjid Al-Hidayah bersama Sheikh Muhamad Fuad Kamaluddin(Ahli Majlis Fatwa N.Sembilan),

    Tarikh : 28 MEI 2009 (KHAMIS-MALAM INI)
    Masa : Lepas Solat Maghrib &
    Masjid Al Hidayah Taman Melawati
    Muslimat semua dijemput hadir,


    http://pondokhabib.wordpress.com

    ReplyDelete
  5. eh..sahabat 104 wehdah 9 bermotor merah dah ada blog rupanya..masyallah dasatnya blog..hehe

    ReplyDelete