Wednesday, January 27, 2010

Antara ujian dan bala..

Di dalam hidup ini setiap orang akan ditimpa kesusahan..tidak kira la kesesakan kewangan ke, kehilangan orang tersayang ke, kesakitan yang tak pernah hilang atau yang lain- lain lagi..dan mustahil bagi seseorang untuk mengakui bahawa sepanjang hidupnya dia tak pernah susah..asyik senang je..bahkan bill gates pun ada waktu dia merasa kesusahan..kalau bukan dari segi kewangan dari segi yang lain..
Tapi bagaimana kita hendak mengkategorikan kesusahan yang kita alami..adakah dia merupakan satu ujian dari Allah atau merupakan satu bala akibat dari dosa-dosa yang kita lakukan..

Jika perhatikan firman Allah di dalam surah as-syura:
وَمَا أَصَابَكُمْ مِنْ مُصِيبَةٍ فَبِمَا كَسَبَتْ أَيْدِيكُمْ وَيَعْفُو عَنْ كَثِيرٍ [الشورى/30]
“Dan apa jua yang menimpa kamu dari sesuatu kesusahan (atau bala bencana), maka ia adalah disebabkan apa yang kamu lakukan (dari perbuatan-perbuatan yang salah dan berdosa); dan (dalam pada itu) Allah memaafkan sebahagian besar dari dosa-dosa kamu.”

zahir ayat tersebut menyatakan segala ujian bala yang ditimpakan adalah hasil daripada kekurangan seseorang itu sendiri..tetapi jika kita fikirkan mengikut pemahaman ayat ini bukankah sepatutnya orang kafir adalah golongan yang sepatutnya selalu ditimpakan bala diatasnya kerana mereka melakukan dosa yang paling besar yaitu syirik kepada Allah..jadi bagaimana kita nak tafsirkan apa yang jadi kepada orang islam dari malapetaka yang berlaku..
dan bagaimana pula kita hendak menafsirkan hadis nabi s.a.w yang berbunyi
“orang yang paling teruk ujiannya adalah para anbiya’ kemudian para solihin kemudian orang yang rendah sikit martabatnya kemudian kemudian yang lagi rendah martabatnya”
Dalam riwayat yang lain:
“…diuji seseorang itu berdasarkan ketinggian agamanya”

Persoloalannya bagaimana kita hendak menyatukan diantara kedua-dua nas. tersebut.
sebelum kita masuk kedalam perbincangan, perkara yang perlu kita letakkan di dalam kepala kita bahawa tidak ada sebarang percanggahan diantara Al-Quran dan Sunnah..itu adalah qaedah yang disepekati oleh para ulama..jika dilihat ada percanggahan maka sebenarnya percanggahan tersebut lahir hasil dari kekurangan pemahaman pembaca itu sendiri.
Untuk melihat perkara in dengan lebih jelas kita boleh mememandang ia dari tiga aspek:


Yang pertama: kita perlu membezakan diantara hal seseorang kafir dan juga hal seseorang muslim di dunia ini. Adapun seseorang muslim sudah menjadi satu kepastian Allah s.w.t akan menguji mereka. Ini kerana mereka beriman kepada Allah dan hidup sebagai seorang mukmin tidak boleh lari dari ditimpa ujian..ini berdasarkan kepada firman Allah :

الم (1) أَحَسِبَ النَّاسُ أَنْ يُتْرَكُوا أَنْ يَقُولُوا آَمَنَّا وَهُمْ لَا يُفْتَنُونَ [العنكبوت/1، 2]
“Alif, Laam, Miim.
Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: “Kami beriman”, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan) Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang sebenar-benarnya beriman, dan nyata pula apa yang diketahuiNya tentang orang-orang yang berdusta.”



Aspek yang kedua: Kaitan diantara balasan di dunia dan balasan di akhirat.
Ujian dan bala yang dikenakan pada orang mukmin adalah disebabkan dosa yang dibuat oleh mereka jika dilihat dari satu segi, tetapi ia juga menentukan martabat mereka di hari akhirat kemudian..Sebahagian daripada mereka akan dibalas diatas segala kesalahan yang dibuat di dunia ini sehingga mereka boleh bertemu dengan Allah dan mereka tidak lagi memikul apa-apa dosa. Dan ini lebih tinggi martabatnya daripada mereka yang berjumpa dengan Allah bersama dosa-dosanya, disebabkan itu para anbiya dan solihin adalah mereka yang akan diuji dengan teruk oleh Allah s.w.t sehingga mereka akan berjumpa dengan Allah tanpa dosa ditanggung dan mereka inilah yang dimuliakan oleh Allah..


Dan mereka yang rendah martabatnya pula maka mereka akan dibalas dosa-dosa mereka di dunia ini berdasarkan ketinggian iman masing-masing.

Adapun orang kafir hal mereka berlainan, mereka tidak mempunyai pahala untuk dibawa ke akhirat, mereka juga tidak mempunyai martabat di sana, jadi berdasarkan keadilan Allah s.w.t maka setiap amal kebajikan yang dibuat oleh orang kuffar mereka akan dibalasi di dunia, maka Allah akan memudahkan urusan mereka, oleh itu mereka tidak akan diuji seperti mana diujinya orang mukmin,

Kita juga perlu sedar bahawa setiap apa yang menimpa orang mukmin adalah setimpal dengan dosa-dosa yang dilakukan ataupun kurang lagi daripada itu, dan ia tidak akan lebih dari apa yang layak diterima oleh seseorang hamba.


Aspek ketiga: balasan di dunia
Kita perlulah mengetahui bahawa setiap perbuatan baik yang kita buat kita akan mendapat balasannya di dunia seperti mana orang kafir mendapat balasannya, bahkan kita mungkin akan mendapat yang lebih baik lagi, berdasarkan hadis nabi s.a.w sesungguhnya Allah tidak akan menzalimi orang mukmin dengan kebaikan yang dibuatnya, akan dibalasnya di dunia dan diberi ganjarannya di akhirat, adapun orang kafir akan dibalasnya kebaikan mereka di dunia sehinggakan apabila mereka ke akhirat tiada amalan baik lagi yang mereka bawa..
Kiranya orang mukmin akan memperoleh kebaikan dua dunia..di sini dan di sana..

Apa yang ditulis di atas boleh diringkaskan seperti berikut:
Bala dan musibah tidak akan berlaku melainkan kerana dosa yang dibuat..
Para orang mukmin akan dibalasi amalan mereka di dunia dan akhirat, dan akan diuji dengan bala di dunia supaya dosa akan akan diampunkan oleh allah, dan mereka tidak akan dibalasi di akhirat kelak
Ada pun orang kafir maka mereka akan dibalasi amalan baik mereka di dunia ini ..yang mana akan dilihat seperti mereka menerima lebih dari apa yang diterima oleh orang mukmin ..tetapi perlu diingat bahawa mereka tidak akan menerima apa2 di akhirat kelak melainkan azab....wallahua’lam

(petikan dari artikel sunnah Allah pada umat manusia dari ayat al-quran)..dengan tokok tambah sikit la..

4 comments:

  1. al-hamdulillah,,akhirnya hidup juge blog tuan:) habis exam boleh buat program jalan2 cari pengalaman?hehehehe,,,

    ReplyDelete
  2. ingat nak buat makan2..mak ayah ana datang..jemput ust skali..

    ReplyDelete
  3. oi .. tak kan ustaz yeop seorang jer .. imamies pun kelaparan ni.

    ReplyDelete
  4. ye la ..sekali la tu..nanti ana confirm ari apa ana msg..de bayar ikut kepala tau..buffet..hehe

    ReplyDelete